Tak ada rahsia. Aku menulis, aku bogelkan diri ini.
Mahu lari, mahu pergi dari hipokrasi orang lain tanpa aku sendiri sedar akan hipokrasi basi sendiri.
Bagai miller dan anais nin, bagai john dan yoko, bagai sid dan nancy, bagai kurt dan courtney.
Dan houellebecq, penulis yang paling dibenci di eropah, paling 'down' dengan tekanan yang dilaluinya. Tetap... Masih mampu bergelut menghasilkan karya yang maha agung.
Tapi, aku disini, sensitiviti picisan atas cinta lari yang mengejar keindahan yang sekejap, teruk terasa malu, pedih, sakit.
Dan dengan nama tuhan, aku, zhfr, takkan sesekali mengikut arus kontemporari sebegitu.
Biarkan mayatku ditemui seminggu selepas roh aku tinggalkan jasadku.
Dan hanya coretan-coretan sampah cilaka ini lah bukti ketulusan cinta aku.
Walau tiada siapa fahaminya sekarang.
Modalku, untuk kedai buku ku.
Hidup mati, aku yang punya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
kadang2 manusia jadi hipokrit... bukan untuk diri sendiri, manusia hipokrit untuk cinta; mungkin?!? dan tak salah pun.
hipokrit utk cinta lagi dasat..dah dapat baru nampak kulit sebenar..bukankah hipokrit kita utk kepuasan peribadi? nak nampak sempurna dan hebat utk diri sendiri. mencatat atas pengalaman sendiri.
Manusia hipokrit untuk cinta? Adakah macam tu?
Kalau ada pun, aku rasa itu bukan cinta, mungkin ekonomikal-seksual-silaturrahim kut.
Semua orang hipokrit atas degree yang berbeza, alasan/sebab yang berbeza.
Manusia hipokrit adalah manusia yang normal.
Catat Ulasan